Thursday, January 20, 2011

Penggunaan ccleaner yg berkesan...

Assalamualaikum.

Tips kali nie akan membincangkan cara tuk menggunakan software freeware bernama Ccleaner ngan berkesan. Ramai yg menggunakan software nie tetapi tidak menggunakannya dengan betul lalu menyebabkan masih ader sisa yg tidak dibersihkan sepenuhnya.

Tips nie juga akan mendedahkan ttg teknologi baru sofware nie bernama " Ccleaner Enhancer :

Ccleaner? aper ker bendanya?

Software nie akan membersihkan computer anda dari sisa/baki akibat penggunaan sesuatu software yg meninggalkan temporary file semasa penggunaan software tersebut. Cth am Internet Explorer kita guna akan ader cache2 yg tidak diperlukan. Jika kita xbersihkan HDD size akan meningkat disebabkan sisa sisa cache tersebut.

Ia juga ader fungsi " Fix Registry ". Bila masa anda uninstall sesuatu program, saki baki program tu mungkin meninggalkan entry registry programnya dlm registry lalu menyebabkan optimization registry tidak kemas. Biler xkemas, keupayaan PC tercacat..

Download link Ccleaner
http://www.filehippo...wnload_ccleaner

Download Ccleaner Enhancer INI file dari sini:
http://www.mediafire...86d06i6n5086hss

1. Extract winapp2.ini file dari RAR tersebut ker program directory Ccleaner.
Posted Image

2. Bukak applikasi Ccleaner dari desktop anda dan follow guide dibwh:
Posted Image

3.Pergi ke Tab application.
Posted Image

4.ikut langkah seterusnya
Posted Image

5.Pergi ke Registery pula.
Posted Image

Harap dpt mmbantu sistem komputer anda bersih dan kemas..

Saturday, January 15, 2011

~HUKUM MENJIRUS KUBUR~

Pasti ramai umat Islam yg akan menziarahi kubur sanak-saudara..
dan pada kebiasaannya amalan menyiram kubur turut dilakukan..
ada sesetengah yg menggunakan air mawar...
malah ada yg mengguanak air YASSIIN...
JD..persoalannya..
APAKAH HUKUM MENYIRAM KUBUR NIE..LAGI2 MNGGUNAKAN AIR YASSIN???
adakah benda nie cume bidaah turun temurun atau...mmg dilakukan pd zaman rasulullah..


Bid'ah bukanlah hukum, kerana Ulamak Faqih membahagikan hukum kepada lima iaitu Wajib, Harus, Makruh, Sunat dan Haram.

Mengenai persoalan menyiram kubur yang kebiasaannya dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia inilah jawapannya :


Hukum Menjirus Kuburan

Dalil :

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur.

Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

~ciri-ciri wanita syurga:)~

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:


"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Friday, January 14, 2011

PENTING: Semak Saman Anda Segera..!!!

SILA AMBIL PERHATIAN!!


Mulai bulan depan waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya saman anda masih tidak dibayar. Sila semak saman anda di sini..




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Amacam, best tak saman korang kena? Kehkeh..!!

Tips Komputer: Cara-cara Mengatasi Komputer Yang Lembab + Cepat Panas



Ehemm,untuk post kali ni, aku akan share kat korang pasal komputer skill, apa yg boleh membuatkan komputer korang jadi lembab aka selow. Dan apa cara-cara yg boleh dibuat bagi lajukannya balik..

Ada banyak sebab yg boleh jadikan komputer jadi perlahan. Di antaranya ialah..


1. Virus/Malware

Bila komputer connect ke internet. Masalah virus/malware ni adalah benda biasa.

solution: Update antivirus setiap hari (wajib). Dapatkan antivirus versi "Internet Security". Tak kisah brand apa pun. Utamakan scan partition C setiap hari..


2. Processor memang tak bagus.

Tak bagus maksudnya processor speed memang slow. Contohnya NETBOOK yg gunakan processor atom. Atau intel celeron. Performance dia sangat minimum dan perlahan..

Solution: Beli komputer yg run dgn double processor. Spt, duo core atau core2duo (bagi laptop).


3. Data dah serabut.

Bila dah lame sangat guna komputer. Data yg tersimpan dlm komputer akan jadi banyak dan serabut.

Solution: Maintenance laptop perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakan maintenance tool software seperti TuneUp, CCleaner dan lain-lain..


4. Terlalu banyak program/software.

Partition C korang dah penuh dengan software. Ini boleh buatkan komputer korang jadi berat dan seterusnya lembab..

Solution: Uninstall program/software yg tak digunakan. Tinggalkan program yg hanya betul2 diperlukan..


Kenapa komputer jadi cepat panas?

Komputer jadi panas pon mungkin disebabkan point2 kat atas tu. Atau sebab kipas (cooling system) dah problem. Try check kipas komputer tu masih berfungsi atau tidak (bukan kipas bilik korang ek)..


PENTING:

Komputer lembab akan bagi kesan masa korang surfing internet. Katakan connection internet laju, tapi laptop selow. Kesannya, korang akan dapat surfing internet dengan selow jugak..


Oleh tu, sebagai pengguna internet. Pilihlah komputer yg baik. Jaga laptop korang dengan bijak. Laptop perlahan tak bermaksud korang perlu terus format..

Gunakan tips2 yg aku bagi kat atas tu untuk maintainkan komputer korang supaya sentiasa berkeadaan baik..=)

Kenapa Perlu Malu Menonton Kartun?


"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu.."

Haha, tiba-tiba je. Kalau cakap pasal kartun. Mesti teringat doraemon, pokemon, digimon, dragonball, sailormoon. Masa sekolah dulu aku memang layan semua tu..

Bila meningkat usia, kartun-kartun camtu aku tak berapa berkenan dah. Tapi kalau manga (komik) naruto, onepiece aku still follow. Anime dia malas pulak tengok pasal dah tau jalan cerita berdasarkan manga..


Kenapa perlu malu menonton kartun?

"Heh, tengok kartun? Tak matang betol". Tu la pemikiran kebanyakan orang..

Realitinya, bila ditanya susah nak cari orang yg kata suka tengok kartun. Tapi bila ajak tengok filem hollywood transformers, ironman, spiderman. Perghh, laju je kata tu movie feveret diorang..

Tergelak sebentar bersama kit-kat jap aku di situ. Bukan ke movie tu asalnya dari kartun? Apa bezanya korang tengok kartun? Pelakon dan grafik je kot bezanya..


Bak kata tupaikaran,

"Nak tengok adegan peluk bukan muhrim? Bukak je drama TV3"

Aku rasa kat kartun pun takde la sangat adegan camtu. Kalau ada pun, ianya kartun. Tak buleh disamakan dengan pelakon yg dok peluk2 dan pakai seksi2 macam kat drama tv tu..

So, boleh tak aku kata, aku lagi malu tengok drama melayu daripada tengok kartun? Hahaha..

Lagu




Fakta Mengenai MYKAD



Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia.

Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

~Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

~ dkt muka belakang mykad, kita bleh taw dh brapa kali tkr ic..tgok nom siri..contohnya

570831-12-5114-02-01

(02) menunjukkan, org tu dh 2 kali tukar mykad.


~ klu kt nombor mykad ada tanda (*), contohnya
570831-12-5114*.. yg nie mknanya, tarikh lahir pd no mykad dia tu, bkn tarikh lahir sbenar, tp tarikh dia mndaftar ic

~klu sape2 ada lampu pengesan duit palsu tu, klu korg suluh dkt mykad, korg akan jmpa ada 1 lg gambar tersembunyi..

~ Untuk anda yang ingin menyemak butiran pada cip MyKAD anda, anda boleh melakukannya melalui decoder Astro anda.

Cukup ikuti langkah-langkah berikut:
1. Hidupkan TV anda & decoder Astro
2. Pergi ke saluran 800 (ini akan memakan masa 10 saat untuk load)
3. Setelah menu Astro Interaktif datang pada, tatal ke bawah dan pilih 'MyKad' pilihan.
4. Masukkan MyKad anda di slot kedua decoder Astro anda. Tadaa! butiran MyKad anda akan muncul di skrin TV.

Hanya dengan mengeluarkan kad anda dan masukkan seterusnya jika anda ingin check MyKads lebih.
Perhatikan data peribadi anda (terutama agama) dan jika anda mengesan kesalahan, dengan cepat pergi ke bahagian pendaftaran terdekat dan mendapatkannya diperbaiki.

kad kedit pon bleh jga!!!

Wednesday, January 12, 2011

Koleksi Pantun

"Peti dibawa dari Inderagiri,
Kapal belayar urusan raja;
Kualiti tertanam dalam diri,
Kualiti produk, kualiti kerja." - A.R

"Kapal belayar urusan raja,
Ombak melanda bukan cabaran;
Kualiti produk, kualiti kerja,
Kepuasan pelanggan diutamakan." - A.R

"Ombak melanda bukan cabaran,
Destinasi tuju tidak terhalang;
Kepuasan pelanggan diutamakan,
Prestasi organisasi jadi cemerlang." - A.R

"Destinasi tuju tidak terhalang,
Pulau jauh dipenuhi hutan;
Prestasi organisasi jadi cemerlang,
Nama muncul jadi sebutan." - A.R

"Pulau jauh dipenuhi hutan,
Angin keras terjah kapal;
Nama muncul jadi sebutan,
Kualiti insan menjadi modal." - A.R

"Angin keras terjah kapal,
Cuaca terang mentari terik;
Kualiti insan menjadi modal,
Prasarana tersedia pasti terbaik." - A.R

"Cuaca terang mentarik terik,
Udara panas selubungi diri;
Prasarana tersedia pasti terbaik,
Kerja selesa ikhlas hati." - A.R

"Udara panas selubungi diri,
Hari semakin menuju senja;
Kerja selesa ikhlas hati,
Dapat berkat ganda pahala." - A.R
"Di Bandar Nilai tergilap permata,
Terbang tinggi si burung helang;
Khidmat kualiti keutamaan kita,
Organisasi terbilang dan cemerlang." - H.M


"Mengisi padi di dalam guni,
Kelapa tua diambil isinya;
5 S menjadi amalan murni,
Bersamalah kita menghayatinya." - A.R


"Bercabang tiga Gunung Daik,
Nampak jelas dari dekat;
Kualiti kerja sentiasa lebih baik,
Moga hidup mendapat berkat." - A.R


"Buah tinggi diambil galah,
Sudah luruh diisi dalam guni;
Kualiti peribadi hendaklah serlah,
Itu penting refleksi organisasi." - A.R

Koleksi Mutiara Kata



"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

"Awal mula pohon ialah benih.."

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews

"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."

"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."

"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire
 
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

 
"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse

"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."

"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."

"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."

"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."

"Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda."

"Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan."

"Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri."

"Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib."

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."

"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

"Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."

"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket."

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai."

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young


"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan." 

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."


"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari."

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Keturunan Nabi (Menampakkan Diri)


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Saya bawakan kepada anda...
manusia yang mungkin anda jarang mengenali...
iaitu keturunan Nabi dari DNA Fatimah Binti Muhammad.

Syaikh al-Habib Umar bin Hafiz

Dia adalah 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin' al-Habib bin Aidarous.

Dari al-Hussain bin Abi Bakr al-Shaikh di bin Salim bin 'Abd-Allah bin' Abd-Rahman al-bin 'Abd-Allah bin al-Syaikh' bin Abd-al-Rahman

Ulama mereka dari Al Maula Muhammad-the Daweela 'Ali bin' bin Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat-al bin 'Ali Khali' Qasam bin 'Alawi bin Muhammad bin 'Alawi bin' Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir.

Kepada Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad bin 'Ali al-'Uraidi bin Ja'far al-Sadiq anak Muhammad al-Baqir bin 'Ali Zain al-'Abidin bin Hussain cucu,
putra kedua-dua' Ali bin Abu Talib,
dan Fatimah al-Zahra puteri Nabi Muhammad.










Jadi sekumpulan besar orang dari orang-orang yang telah mempengaruhi
mula berkumpul di sekelilingnya membantu dirinya
dalam usaha dakwah dan komitmen mengajar di berbagai kota dan bandar
di Yaman Utara.
Dalam tempoh ini ia mulai mengunjungi banyak kota-kota tetangga
dan masyarakat di Yaman dari utara bandar Ta'iz untuk mengambil ilmu dari mufti Ta'iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan kepadanya banyak cinta dan perhatian juga ia menerima perlakuan yang sama dari al-Habib Syaikh, Muhammad al-Haddar sejauh bahawa ia memberinya tangan putrinya dalam perkahwinan selepas melihat dalam dirinya sifat luhur kejujuran dan kecerdasan.

Bukan akan selepas itu ia berangkat pada perjalanan yang sukar untuk melakukan ziarah ke Mekah dan untuk melawat Makam Nabi di Madinah. Selama perjalanannya ke Hijaz ia diberkati dengan kesempatan untuk mempelajari beberapa buku ulama mereka yang paling menonjol terutama al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-mahupun ulama mereka yang lain yang melihat pada yang muda' Umar yang penuh dengan semangat muda dari cinta r Allah dan Rasul-Nya benar-benar diserap dalam penyebaran pengetahuan dan kebenaran di antara umat manusia sehingga ia menjadi disenangi dengan al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru terbesar.
Demikian juga ia diberkati telah menerima pengetahuan dan bimbingan dari kedua-dua tiang yang lain kebenaran dalam al Hijaz al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Attas Habib '-Habashi.



Beliau lahir di Tarim,
Hadramaut salah satu kota kuno Yaman
yang menjadi dikenali luas kerana banyaknya ulama dan orang soleh
yang telah dihasilkan selama berabad-abad.
Ia dibesarkan di rumah saudara mara yang memiliki tradisi
ilmu pengetahuan Islam serta kebenaran dengan
ayahnya menjadi martir terkenal, saintifik,
Pengkhotbah, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakar bin Salim.

Ayahnya adalah salah seorang sarjana Islam
yang mendedikasikan hidup mereka untuk penyebaran Islam
dan pengajaran Hukum Suci dan ajaran luhur Islam.
Ia secara tragis diculik oleh pasukan komunis dan diperkirakan meninggal,
semoga Allah kasihanilah dia.
Demikian juga datuk al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah
adalah ulama yang sangat dihormati oleh para ulama zaman mereka.
Allah seakan menyiapkan kesesuaian bagi al-Habib 'Umar dalam hal hubungannya dengan orang-orang pengetahuan dan kesalehan dari dalam rumah tangganya serta persekitaran dan masyarakat di mana ia dibesarkan.



Setelah hafal Al-Quran pada usia yang sangat awal
ia juga hafal teks inti dalam fiqh, hadis, Bahasa Arab
dan ilmu-ilmu agama yang lain sehingga berpegang
pada lingkaran pengetahuan yang dimiliki oleh ulama tradisional seperti
Muhammad bin Alawi bin 'Shihab dan al-Shaikh Fadl Baa Fadl
dan ulama lain yang mengajar di Ribat Tarim terkenal.

Tentu ia belajar banyak ilmu termasuk ilmu rohani dari ayahnya
martir al-Habib Muhammad bin Salim memperoleh dari dia cinta yang mendalam
dan perhatian terhadap dakwah dan agama nasihat di jalan Allah.
Ayahnya membayar banyak perhatian untuk Umar kaum muda 'dengan dia terus-menerus berada di sisi ayahnya di lingkaran pengetahuan dan zikir.

Tragis sekali,
ketika al-Habib 'Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat
dari mana ia telah diculik oleh pasukan komunis (mungkin Freemason & Iluminati),
dengan kaum muda' Umar pulang ke rumah sendiri dengan syal milik ayahnya,
dengan ayahnya tidak pernah terlihat lagi.
Dengan demikian kaum muda 'Umar mula memikul tanggung jawab
untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan oleh ayahnya
dalam bidang Dakwah.
Jadi,
perjalanan melelahkan dari mendesak rakyat,
menetapkan persidangan dan dakwah.
berusaha keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil.

Kelas mulai dibuka bagi kaum muda dan tua di masjid-masjid tempatan
di mana kesempatan untuk menghafal Al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional yang ditawarkan.
Dia memang telah memahami Kitab Suci dengan tegas,
hal itu menjadi jelas bahawa ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah
meskipun usianya masih muda.
Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya
dan akhirnya memuncak dalam dirinya yang dihantar ke kota al-Bayda '
yang terletak di Yaman kemudian Utara menjauh dari cengkaman orang-orang yang mungkin ingin untuk menimbulkan kerugian pada sayyid muda .



Ada lagi mulai fasa penting dalam perkembangannya.
Berdaftar di Ribat al-Bayda 'ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari al-Habib besar Muhammad bin' Abd al-Allah-Haddar,
semoga Allah kasihanilah dia,
serta di bawah Syafie ' i ahli undang-undang dan
sarjana al-Habib Zain bin Sumait,
semoga Allah memelihara dia.
janji-Nya itu menegaskan kalau dirinya dilantik sebagai guru akan selepas.

Demikian juga beliau melanjutkan usaha dalam bidang Dakwah.
Kali ini tempatnya adalah al-Bayda 'dan kota-kota dan desa-desa tetangga nya.
Tidak ada batu terlewat dalam usahanya untuk menghidupkan kembali mencintai Allah dan Rasul-Nya r di hati rakyat.
Kelas didirikan,
pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing.
Karyanya yang gigih menyebabkannya kekurangan tidur
dan istirahat mulai berdampak besar pada semua orang yang datang dalam hubungan dengan itu,
terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal,
namun kini telah mengalami transformasi dalaman ke titik yang hidup memiliki tujuan,
mereka bangga dengan identiti Islam mereka baru ditemui memakai jubah Islam dan mula menumpukan perhatian mereka pada memperoleh sifat-sifat mulia dari Rasulullah.

Sila rujuk www.dinar-emas.com/vatican.html
untuk membezakan Jubah Paderi & Jubah Nabi Muhammad.



Mahasiswa dari Indonesia, Malaysia,
Singapura, The Comorus Islands,
Tanzania, Kenya, Mesir,
Inggeris,
Pakistan,
Amerika dan Kanada
dan negara-negara Arab lain
dan akan berada di bawah pengawasan ketat dari Habib Umar.

Mereka akan menjadi agen di tempat yang sekarang menjadi otentik usaha menghidupkan kembali Islam tradisional di abad kelima belas selepas penerbangan.
Penubuhan pelbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di luar negeri di bawah pengurusan al-Habib Umar lagi akan menjadi impatice utama dalam penyebaran Pengetahuan dan perilaku yang baik dan memberikan rakyat biasa dengan peluang bahawa mereka sebelumnya telah dirampas.



Kembali ke Tarim akan isyarat metamorfosis dari semua tahun-tahun dia telah menghabiskan dalam belajar,
mengajar,
dalam pembangunan lain rohani dalam pembentukan panggilan dan memerintahkan kanan dan melarang yang salah.

Dar-al-Mustafa akan menjadi hadiah untuk dunia dan untuk itu dunia dipanggil.
Dalam apa yang tampaknya seperti waktu singkat orang-orang Tarim akan menyaksikan konvergensi mahasiswa dari negeri jauh dan luas pada sebuah kota yang berada di ambang menjadi dilupakan sementara di bawah kuasa kafir komunis.



Jadi nama al-Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar jauh dan luas di tanah terutama kerana usahanya tak henti-henti dalam mendirikan panggilan untuk Islam dan menghidupkan kembali ajaran-ajarannya tradisional berdasarkan populariti ini massa tidak dengan cara apa pun mengurangkan daripada usaha akademik tentang Sebaliknya ia memberinya sumber tambahan dari mana aspirasi tinggi boleh dipertahankan.

Tiada waktu yang terbuang sia-sia,
setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya,
dan dalam situasi dan lokasi yang berbeza. terbuka keprihatinan-Nya dengan perkembangan spiritual terutamanya mereka yang berada didekatnya,
telah menjadi salah satu ciri yang paling ia membezakan yang pertama untuk yang nama beliau tersebar luas bahkan sampai ke Dunia Baru.



Habib Umar saat ini tinggal di Tarim Yaman di mana ia mengawasi pembangunan Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibina dibawah pengurusan-nya. Dia masih mengekalkan peranan aktif dalam penyebaran agama Islam seperti yang ia dapat menghabiskan sebahagian besar tahun bepergian ke seluruh dunia dalam mengejar kegiatan mulia tersebut.

      Tanah Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke lima belas. 
Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya,
beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali selama beberapa tahun.

Biji pengetahuan dan kesolehan yang dijahit serta di bandar Yaman timur Shihr,
berhenti pertama di kembali ke Hadramaut Yaman.
Ada ajarannya mulai crystalise dalam pembangunan Ribat al-Mustafa.
Ini akan menjadi titik balik utama bagi dan boleh isyarat dalam lebih daripada satu cara penyelesaian aspek teoritis dari pekerjaan ini dan pergi membawa realiti nyata yang akan mewujudkan ajaran kenabian.

beruntung tok guru kite

10 perkara yang susah kita nak paham…

1. artis2 malaysia berlakon baik ngalahkan malaikat tapi perangai diorang kat luar ngalahkan iblis..
2. pemimpin2 sibuk suruk boikot barang US tapi x sekat pun import eksport dari situ..
3. roadblock kt malaysia ni msti tahan org2 susah2 je, org2 kaya siap senyum pastu surh jalan..
4. harga petrol turun tapi harga brg2 x leh nak turun2..
5. org biasa kna tgkap kalwat masuk paper diorg bg detail biodata siap ngan alamat sekali, artis kna tgkap khalwat sensor nama..
6. pemimpin2 parti time pilihanraya peluk2 time bertanding, penyokong2 kat luar ajak bertumbuk..
7. org kita nak bergaya x kisah habih beribu, tapi nak mnderma “abg xde duit kecik la dik”..
8. pemain bola kita belanja berjuta nk training, tapi kalah ngan negara yg nk bagi rakyat diorang makan pon x cukup..
9. pemimpin kita bengang kt israel tapi dok kasitau kita ja, apsal ko x gtau israel je trus yg ko bengang kt dia..
10. lastly, nape law aku couple susah nak kekal… Padahal aku nie kiut jugak kadang2… agaga….

Cara Basuh Pc Korang


Basoh Tangan dulu
Lagi Gambar

Tuesday, January 11, 2011

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?
Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:
  1. Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
  2. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
    • Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
    • Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
  3. Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
  4. Restart komputer

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.
autoplay
Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’
control-panel-autoplay
2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.
autoplay-disable
Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

Sunday, January 9, 2011

Menipu dalam Freecell

Halluuuuu~~ semua. Saya merupakan guest blogger kat sembangkomputer.com yg terbaru. Disebabkan saya xtahu nak tulis ape dengan entry pertama ni, so saya mulakan dengan benda plg bongek saya leh pikirkan.
Sebenarnya tadi saya check list program yg saya guna dan boleh dikongsi dengan pembaca SK.com ni. Usha punya usha, last2 skali terserempak lak ngan game lama Freecell ni. Saya rasa xramai orang suka main Freecell ni tp ramai yang suka main Solitaire. Apa-apa pon..saya nak ajar cara tipu main Freecell.

Dalam Freecell ni ada rekod berapa kali menang, berapa kali kalah. Kalau ada sesapa yang rasa nak buat rekod 100% tanpa kalah hatta satu kali pon…ikutilah cara2 di bawah tapi kena ada pengenalan sket.
Benda2 anda perlu tahu pasal Freecell.
1. Freecell nyer statistic
fc4 Menipu dalam Freecell

2. Gaya kemenangan normal Freecell (ni xde tipu punya)
fc3 Menipu dalam Freecell
3. Gaya menang tipu punya
fc6 Menipu dalam Freecell
So skang ni anda perlu perhatikan beza gambar 2 dan 3. Ini adalah kerana di sini pakar2 Freecell dapat menangkap sama ada anda main secara jujur atau tipu. Kalau anda main secara jujur, bila anda menang anda patut dapat 4 Kings kat atas belah kanan, tapi kalau anda menipu…anda akan dapat random cards cam kt gambar no 3. So dengan tak nak membuang masa, saya teruskan kepada cara menipu.
  • Mulakan Freecell anda cam biasa.
  • Main Freecell anda cam biasa, menipu tidak digalakkan sebenarnya
  • Tapi kalau dah buntu sangat dan lose game skang ni sebab nak bg statistic dalam gambar 1 tuh 100% win, tekan CTRL+SHIFT+F10.
  • Anda akan dapat windows seperti di bawah ni.
fc5 Menipu dalam Freecell
  • Bila anda dapat popup tersebut, klik Abort.
  • Selepas itu anda pilih kad mana-mana yang berkenan di hati, lepas tuh klik la kat mana2 yang anda rasa nak klik dalam window Freecell. Mungkin akan keluar error bergantung kepada “move” anda.
  • Hasilnya selepas itu ada seperti dalam skrin 3.
Sekian, terima kasih

Mendapatkan Kembali gambar Yang Hilang Dari Kamera


Foto-foto di dalam kamera digital anda pastinya sesuatu yang berharga. Kadang-kala, berlaku kecuaian di mana kita delete gambar-gambar ini, atau format memory card secara tidak sengaja. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, anda haruslah menggunakan photo recovery software bagi mendapatkan kembali fambar-gambar tersebut.
Bagi memastikan proses recovery ini berkesan, pastikan anda tidak menangkap gambar lain atau memasukkan data lain ke dalam memory card tersebut. Ini bertujuan supaya data-data lain tak overwrite ke atas foto-foto yang hilang tadi, dan menambahkan kemungkinan untuk mendapatkannya kembali.
Ada beberapa software yang boleh digunakan untuk recover foto dari memory card di kamera. Antaranya ialah (dari SnapFiles):

Zero Assumption Digital Image Recovery

Cara menggunakan Zero Assumption Digital Image Recovery adalah sangat mudah. Anda hanya perlu pilih memory card anda dan nyatakan di mana gambar-gambar yang berjaya diselamatkan akan disimpan. Ianya boleh menyelamatkan imej yang telah anda delete atau dari memory card yang anda format.
photo-recovery-01

PC Inspector Smart recovery

Dengan PC Inspector Smart Recovery, anda boleh memilih jenis imej yang hendak anda recover dari memory card. Anda juga boleh memilih berdasarkan jenis kamera yang digunakan. PCI Smart Recovery akan recover segala fail yan dijumpai, samada yang anda telah delete atau format.
photo-recovery-02

MjM Free Photo Recovery Software

MjM Free Photo Recovery Software membenarkan anda melihat terlebih dahulu foto-foto yang dijumpai. Anda boleh memilih untuk menyimpan foto yang anda inginkan sahaja. Perisian ini juga boleh mampu untuk recover foto yang telah anda delete, ataupun foto dari memory card yang telah anda format.
photo-recovery-03