Sunday, January 9, 2011

Mendapatkan Kembali gambar Yang Hilang Dari Kamera


Foto-foto di dalam kamera digital anda pastinya sesuatu yang berharga. Kadang-kala, berlaku kecuaian di mana kita delete gambar-gambar ini, atau format memory card secara tidak sengaja. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, anda haruslah menggunakan photo recovery software bagi mendapatkan kembali fambar-gambar tersebut.
Bagi memastikan proses recovery ini berkesan, pastikan anda tidak menangkap gambar lain atau memasukkan data lain ke dalam memory card tersebut. Ini bertujuan supaya data-data lain tak overwrite ke atas foto-foto yang hilang tadi, dan menambahkan kemungkinan untuk mendapatkannya kembali.
Ada beberapa software yang boleh digunakan untuk recover foto dari memory card di kamera. Antaranya ialah (dari SnapFiles):

Zero Assumption Digital Image Recovery

Cara menggunakan Zero Assumption Digital Image Recovery adalah sangat mudah. Anda hanya perlu pilih memory card anda dan nyatakan di mana gambar-gambar yang berjaya diselamatkan akan disimpan. Ianya boleh menyelamatkan imej yang telah anda delete atau dari memory card yang anda format.
photo-recovery-01

PC Inspector Smart recovery

Dengan PC Inspector Smart Recovery, anda boleh memilih jenis imej yang hendak anda recover dari memory card. Anda juga boleh memilih berdasarkan jenis kamera yang digunakan. PCI Smart Recovery akan recover segala fail yan dijumpai, samada yang anda telah delete atau format.
photo-recovery-02

MjM Free Photo Recovery Software

MjM Free Photo Recovery Software membenarkan anda melihat terlebih dahulu foto-foto yang dijumpai. Anda boleh memilih untuk menyimpan foto yang anda inginkan sahaja. Perisian ini juga boleh mampu untuk recover foto yang telah anda delete, ataupun foto dari memory card yang telah anda format.
photo-recovery-03

No comments:

Post a Comment