Sunday, January 9, 2011

Task Killer: Tutup Aplikasi yang Tidak Berfungsi (Hang)

Task Killer
Sedang anda menjalankan satu-satu aplikasi, tiba-tiba aplikasi tersebut tidak berfungsi dan tergantung (hang). Anda menekan-nekan butang pada aplikasi tersebut tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Nak tutup pun tak boleh. Cuba anda perhatikan pada bar tajuk aplikasi tersebut ada tertulis “Not responding”.
Adalah lebih baik aplikasi seperti ini ditutup bagi mengelakkan ia menganggu penggunaan komputer anda. Tapi bagaimana, sedangkan ia tidak boleh ditutup dengan cara biasa? Nak gunakan Task Manager pun tak boleh harap sangat.
Task Killer adalah satu alat kecil yang berfungsi untuk menutup aplikasi – aplikasi seperti ini. Hanya klik pada ikon Task Killer di system tray dan pilih aplikasi yang ingin anda tutup. Task Killer mampu ‘membunuh’ apa-apa program atau servis dengan pantas.

Terdapat juga alat lain yang lebih canggih seperti ProcessExplorer ataupun DTaskManager untuk fungsi yang sama. Namun Task Killer unik di sini kerana ia membolehkan kita menutup apa-apa program terus dari taskbar, menjadikannya lebih pantas dan mudah digunakan.

No comments:

Post a Comment